top of page

Kebakaran tanah gambut, perlu lebih banyak kawasan takungan air - ADUN Bukit Naning



Cuaca panas kering dan angin kencang di Johor, terutama di Mukim Air Hitam saban tahun menyebabkan kebakaran tanah gambut yang sukar dipadamkan.


Menurut ADUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni (gambar, kiri), Kerajaan Negeri dan persekutuan perlu mencari kaedah lebih sesuai bagi mengelakkan kebakaran yang berlaku saban tahun ketika musim panas itu.


Beliau mencadangkan dibina takungan air di kawasan tanah gambut agar keadaan sentiasa lembab di kawasan berkenaan.


"Kaedah cadangan bagi mengurangkan kebakaran tanah gambut Air Hitam perlu untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang


"Selain kempen pencegahan atau larangan melakukan pembakaran terbuka, tiba masanya orang awam dikenakan denda atau kompaun, mahupun hukuman dikaji semula supaya pelaku tidak lagi memandang enteng kesalahan sebegini.


"Begitu juga perlunya dibanyakkan "checkdam" di kawasan tanah gambut ini bagi membekalkan air supaya kelembapan tanah dapat terus dikekalkan meskipun di musim kemarau," katanya.


Selain itu, menurut Ysahrudin lagi, pengusaha ladang tanaman perlu menyediakan tangki air sebagai rizab takungan air di kawasan tanaman mereka agar andai berlaku kebakaran, bekalan air itu membantu pihak bomba untuk memadamkan api kerana ketiadaan pili bomba di kawasan pertanian.


Ysahrudin juga menasihatkan supaya petani tidak meneroka ladang secara sesuka hati kerana hal itu akan membawa kerosakan ekosistem dan kemusnahan hutan simpan paya gambut di kawasan utara Air Hitam.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page