top of page

Kebakaran HSA: Kerajaan harus telus kemuka hasil siasatan, elak prasangka buruk




Kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang berulang beberapa kali dalam tempoh 5 tahun mewajarkan kerajaan bersikap telus mengenai laporan siastan sebelum ini yang telah dikeluarkan.


Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ketelusan amat penting berikutan beberapa perkara yang masih menjadi persoalan.


Katanya, rakyat tertanya-tanya, apakah hasil siasatan jawatankuasa siasatan bebas yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas kejadian 2016 lalu?


Mengapakah Boo Su-Lyn, ketua pengarang portal kesihatan CodeBlue yang menulis artikel berkaitan laporan tersebut disiasat pihak polis di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan?


Juga mengapakah Mohd Hishamudin Yunus, bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan pengerusi jawatankuasa tersebut turut dipanggil polis bagi siasatan di bawah akta yang sama?


"Sementara insiden sedemikian rupa tidak boleh dibiarkan berulang dan segala pembaikan wajar disegerakan, saya percaya isu yang dinyatakan di atas juga wajar dijelaskan.


"Saya gesa pihak kerajaan menjelaskan dengan bertanggungjawab akan insiden yang berlaku supaya tidak timbul kecurigaan atau prasangka buruk terhadap jawatankuasa siasatan.


"Sebarang kecuaian akibat penyelewengan umpamanya, dalam soal penyelenggaraan tidak wajar dilindungi tetapi wajar diambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Parlimen ialah ruang yang sesuai untuk dibentang dan dibahaskan.


"Soal keselamatan dan kesejahteraan perkhidmatan kesihatan negara amat penting terutama dalam keadaan pandemik Covid-19 dan kebiasaan baharu. Sudah tentu ia wajib menjadi keprihatinan kerajaan dan disokong oleh wakil rakyat sekiranya terdapat keperluan untuk dana dan peruntukan tambahan bagi penyelenggaraan dan naik taraf hospital-hospital serta klinik kesihatan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun, Syed Ibrahim berpuas hati tindakan segera yang diambil oleh KKM menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat punca dan memastikan kejadian sama tidak berulang demi keselamatan pesakit.


"Saya juga bersyukur dengan sambutan baik oleh Tuanku Sultan Johor yang berkenan membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan tersebut dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ)," ujarnya.


Pada 28 Jun lalu, sebuah blok menempatkan Wad Perubatan Perempuan 1 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru terbakar namun 24 pesakit wanita yang berada dalam wad berkenaan sempat dipindahkan ke wad sementara, sebelum dipindahkan ke wad berhampiran dan Hospital Permai. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page