top of page

Keanggotaan AMK meningkat, sayap pemuda angkat suara rakyat



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia telah menambah jumlah keanggotaan sayap pemuda itu sesuai dengan gelaran KEADILAN parti kerajaan memerintah.


Hal itu diungkapkan oleh Setiausaha AMK, Omar Mokhtar A Manap dalam ucapan pembukaan Kongres Tahunan AMK pagi ini.


Beliau membacakan beberapa negeri yang mana AMK mencatat keanggotaan tertinggi seperti Selangor 75,006 anggota, Sabah (35,340), Perak (14,194) dan Johor (14,166).


"Ini menggambarkan sambutan kepada parti semakin meningkat.


"Kita ambil tampuk kepimpinan daripada rakan rakan AMK yang tercedera daripada pengkhianatan (Langkah Sheraton), dari tragedi yang lalu.


"Dan saya mengambil ruang ini untuk mengucapkan terima kasih daripada kepimpinan lalu yang setia mempertahankan parti ini hingga ke hari ini," katanya.


Beliau berkata, AMK turut berbangga kerana telah menghantar sejumlah besar Ahli Parlimen dan ADUN dalam Pilihan Raya Umum 2022 dan Pilihan Raya Negeri 2023 lalu.


Manakala pelbagai program, katanya, telah digemblengkan seperti khidmat laskar bencana, bengkel, siri jelajah pilihanraya dan yang terbaru Konvensyen AMK setiap negeri.


"Namun semua gerak kerja ini perlu ditingkakan lagi kerana kita tidak boleh selesa dengan kuasa yang kita kecapi hari ini.


"Kita perlu teguh sebagai parti yang bekerja untuk rakyat, bersuara untuk rakyat. Tiada makna idea besar tanpa kepedulian soal rakyat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page