Keanehan perubahan zaman, kedunguan Menteri punca Rafizi kembali berpolitik



Anggota KEADILAN mungkin masih tertanya tanya apakah faktor utama mendorong Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli kembali ke arena politik yang beliau sifatkan 'telah berlalu' apabila bergiat aktif dalam syarikat start up teknologi digital sejak 3 tahun lalu.


Menurut Rafizi, beliau kembali bukan untuk menjadi politikus tetapi mahu menjadi penggerak perubahan zaman pada ketika sebahagian tokoh politik di kelilingnya tidak faham arus zaman dan masih bercokol pada landasan politik konvensional.


"Walaupun saya berada dalam kelas menengah (punyai perniagaan) namun saya juga terkesan kerana saya jalankan perniagaan besar. Bagaimana kamu akan berniaga dalam ekonomi yang buruk?


"Kemudian kita hadapi Pilihan Raya Negeri Johor yang jika kita tidak ubah trajektori (perjalanan politik) dari sekarang maka kita akan berakhir dengan tiada pilihan terbaik (parti) yang kita boleh lantik sebagai kerajaan.


"Pada satu pilihan ada Umno, parti sayap kanan Melayu dan satu sisi lain Bersatu - Pas, juga parti sayap kanan Melayu (maka rakyat buntu)," katanya dalam ucapan sempena makan malam mengumpul dana Ayuh Malaysia, semalam.


Selain itu, katanya, generasi hari ini tumbuh dan membesar dalam suasana yang tidak sama dengan ketika beliau masih muda di mana ada Umno dan Pas. Kemudian bagi yang tidak suka kedua duanya dan mahukan pendekatan pelbagai kaum maka lahir KEADILAN.


Generasi hari ini, katanya menyempitkan pilihan dengan dua paksi berhaluan kanan Melayu kerana Pakatan Harapan yang dianggotai KEADILAN, DAP dan Amanah telah menjadi blok ketiga, dan tidak berada dalam persaingan merebut Kerajaan Persekutuan.


Memburukkan lagi keadaan, tegas Rafizi, ahli politik PH tidak faham situasi yang dihadapi mereka dan mungkin menganggap pengundi Atas Pagar atau generasi muda boleh dipujuk menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dengan pendekatan manifesto, janji politik dan imej yang bersih.


Namun, katanya pengundi telah bergerak jauh dengan minda yang bercampur antara hala tuju masa hadapan negara, transisi teknologi, pekerjaan baharu era digital yang mereka tidak kuasai dan paling penting adakah menteri yang bakal dilantik memahami masa hadapan?


"Kita berhadapan dengan Atas Pagar, 'dulu kami beri kamu menang, kenapa kamu biarkan PH pada ketika itu dikawal Bersatu sehingga Bersatu merosakkan PH' dan menyebabkan pengundi Atas Pagar benci.


"Sebab itu juga kami memutuskan bahawa kita tidak boleh masuk PRU dan berkempen semata mata atas niat untuk menang. Kita telah lakukan sebelum ini. Sekarang kita tahu kita perlukan lebih banyak masa sebelum keadaan kembali seperti sedia kala. Masalahnya kita perlu mengubah minda setiap orang.


"Jadi kita ubah taktik. Kita berdepan dengan generasi yang kita tidak faham dan terlalu muda. Generasi yang dalam hidup tengok internet, FB, apps.


"Masalah mereka hadapi setiap hari tidak sama dengan masalah kita dahulu. Kehidupan mereka lebih susah dan masalah yang sangat mencabar.


"Kita kini berdepan generasi yang mak ayah simpan wang hantar anak tuisyen, masuk sekolah terbaik, masuk universiti, pergi keluar negara, balik jadi pemandu grab.


"Ini aneh..... Orang akan kata tidak perlu melanjutkan pelajaran yang akan berakhir dengan melakukan 2 - 3 kerja. Itulah yang menyebabkan saya terpaksa untuk masuk semula politik," katanya.


Justeru, Rafizi bertekad menangani masalah perubahan teknologi dengan membawa aliran politik selari masa hadapan untuk merobah Malaysia ke landasan yang betul.


Untuk itu, katanya, pengundi perlu melantik menteri yang betul, pengubal dasar yang faham perubahan teknologi dan kompeten.


"Kita mempunyai Menteri yang dungu, tidak kompeten dan merugikan generasi akan datang.


"Bila kita mula berkempen (dalam Ayuh Malaysia), bukan semata mata kita mahu parti kita menang. Kita ingat bila kita suka parti yang menang, dan ia akan selesaikan masalah kita. Ia tidak akan berlaku begitu.


"Bila kita gerakan kempen, dia lebih besar daripada menang pilihan raya.


"Kita mahu pastikan generasi akan datang, jika tidak lebih baik pun mereka tidak akan menjadi generasi yang tiada harapan," katanya.


Justeru, menurut mantan Ahli Parlimen Pandan itu lagi, strategi kempen yang akan dibawa Ayuh Malaysia tidak akan menekankan bahawa Umno salah dan PH betul, kerana rakyat tahu Umno memang salah.


Namun katanya, rakyat mahu jaminan PH mempunyai pengetahun menerobos masa hadapan dan itu yang perlu ditunjukkan oleh para pemimpin PH untuk meyakinkan rakyat mengundi mereka.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER