KEADILAN Wilayah Persekutuan laksana program sanitasi di pasar Bandar Tun Razak
- Redzuan Shamsudin
- Jan 15, 2021
- 2 min read

KEADILAN Wilayah Persekutuan respons kepada kebimbangan orang ramai berhubung Pasar Ikan Emas, Bandar Tun Razak yang didakwa terdapat kes Covid 19.
Sehubungan itu, menurut Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah, Andre Lai, satu program pembasmian kuman telah dilakukan baru-baru ini yang dipimpin oleh aktivis KEADILAN, Ronald Pua.
Katanya, meski pun dakwaan kes Covid di pasar lebih kepada khabar angin namun dengan program pembasmian kuman maka keraguan orang ramai boleh dihentikan.
"Ronald berpendapat, walaupun Alam Flora dan DBKL datang membuat pembersihan setiap hari, namun ia lebih efektif apabila penyahkuman dijalankan oleh profesional supaya pelanggan yang berkunjung berasa lebih selesa.
"Ronald beritahu saya, sebaik dia mendapat panggilan, dia segera hubungi syarikat pakar penyahkuman untuk menjalankan proses pembasmian hari berikutnya," kata Andre dalam satu kenyataan.

Tinjauan KEADILAN Wilayah di pasar tersebut kemudiannya mendapati peniaga berasa lebih yakin setelah proses sanitasi, begitu juga kehadiran pelanggan yang menggalakkan.
Seorang peniaga, Lydia Lian berkata, operasi nyahkuman oleh aktivis KEADILAN amat dihargai kerana para peniaga di situ tidak ada tempat mengadu kerana Ahli Parlimen jarang melawat mereka.
"Terima kasih kepada En Ronald. Walaupun dia tidak mempunyai kepentingan, dia tetap turun padang untuk menolong kawasan Taman Ikan Emas. Andai ada PRU, saya hanya akan mengundi KEADILAN yang benar-benar serius menolong rakyat,” katanya.
Encik Lee, seorang penjaja dan bekas bendahari persatuan penjaja pula berkata, harapannya bahawa setelah kerja pembasmian kuman berskala besar dilakukan, keraguan para pelanggan dapat ditenangkan.
Beliau kecewa dengan persatuan pasar yang tidak muncul untuk menyelesaikan masalah pasar itu.
Bagi Naib Pengerusi MPN Wilayah, Andre Lai, tindakan Roland amat dihargai dalam mengatasi masalah peniaga dan pelanggan pasar basah berkenaan.
"Sekurang-kurangnya, para penjaja dan penduduk di sekitar, termasuk penempatan Sri Pulau Pinang dan Sri Johor boleh melihat keberkesanan KEADILAN dalam isu ini. Ia adalah hasil daripada reformasi institusi (institutional reform) yang kami sering laungkan,” katanya.
Turut hadir dalam tinjauan ialah Saiful Mansor, Setiausaha Pengelola KEADILAN Wilayah Persekutuan.
KEADILAN Wilayah juga mengucapkan terima kasih kepada Roland kerana menanggung kos sanitasi berkenaan.
Comentários