top of page

KEADILAN Wangsa Maju ziarah rumah kebajikan sempena Krismas

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 11, 2023
  • 2 min read


KEADILAN Cabang Wangsa Maju kelmarin menzirahi sebuah rumah kebajikan yang diasaskan oleh dua orang pastor menjelang sambutan perayaan Krismas tahun ini.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng, rumah kebajikan The Comforter’s Hope berkenaan yang diurus oleh sepasang suami isteri, pastor Jonah dan pastor Esther sejak 20 tahun lalu telah menjaga kanak kanak kurang bernasib baik dengan daya usaha mereka berdua, dibantu sumbangan orang ramai.


Biarpun pastor Jonah, katanya, telah meninggal dunia awal tahun ini namun sambutan perayaan Krismas di rumah kebajikan itu tidak boleh dibiarkan suram.


"Jadi KEADILAN Wangsa Maju memulakan Jelajah Krismas MADANI KEADILAN Wangsa Maju dengan dengan rumah kebajikan ini.


"Antara pengisian utama program adalah sumbangan pokok Krismas, di mana ahli-ahli KEADILAN turut terlibat sama dalam pemasangan hiasan pokok ini," katanya dalam kenyataan.


Tambah beliau, anggota Cabang Wangsa Maju agak unik kerana terdiri daripada pelbagai agama dan akan membantu rakan rakan yang kurang bernasib baik dalam menyambut mana mana perayaan.


"Setiap perayaan harus kami santuni bersama, itu yang saya selalu pesan kepada ahli-ahli di Wangsa Maju. Kebetulan hari ini (9 Disember 2023), merupakan ulangtahun kelahiran Pastor Jonah, maka saya berbesar hati diberi amanat untuk memasang ‘Christmas Star’ di atas pokok krismas.


"Dengan ramai lagi insan yang baik seperti mereka, saya percaya adanya harapan untuk dunia yang lebih baik," katanya.

Aanak anak dijamu dengan ayam goreng

Manakala Ketua Penerangan KEADILAN, R.Vijeyndran yang merupakan pengelola program kali ini menyifatkan kegiatan tersebut satu program yang amat bermakna kepada komuniti setempat.


"Banyak yang telah berlaku pada rumah kebajikan ini, termasuk pemindahan rumah dan pemergian pengasas Pastor Jonah.


"Program ini kami lakukan untuk menyantuni perayaan Krismas dengan lebih bermakna. Memasang pokok Krismas bersama merupakan satu program yang amat menggembirakan kanak-kanak dan pada masa yang sama memupukkan hubungan," katanya.


Ahli Jawatankuasa Wanita KEADILAN Cabang, Ng Lay Khim merupakan kenalan rapat dengan pengusaha rumah kebajikan itu pula berkata jasa kedua dua pastor berkenaan perlu dicontohi oleh semua rakyat Malaysia.


"Selama saya mengenali mereka bertahun lamanya, saya percaya pastor Esther, bersama dengan mendiang suaminya menggalas tanggungjawab dengan baik sebagai penjaga kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini.


"Bukan senang untuk menjaga kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar-belakang. Usaha Esther dan Jonah patut dicontohi," katanya.


Rumah Kebajikan The Comforter’s Hope terletak di No 2, Jalan Terkis, Taman P Ramlee, Setapak, 53000 Kuala Lumpur. Orang ramai yang ingin membantu rumah kebajikan ini boleh menghubungi pastor Esther di talian 60183617468.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page