top of page

KEADILAN Wangsa Maju edar kalendar, ambil maklum balas rakyat



KEADILAN Wangsa Maju mengakhiri tahun 2023 dengan program edaran kalendar tahun 2024.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng, edaran kalendar itu telah menjadi acara hujung tahun bagi cabang berkenaan.


Katanya, di samping mengedarkan kalendar kepada penduduk di sama ada di taman perumahan atau kampung, wakil KEADILAN akan mengambil maklum aduan atau masalah mereka yang ditemui.


"Melawat komuniti tidak seharusnya terhad kepada tempoh kempen pilihanraya tetapi harus menjadi usaha berterusan dan antara objektif mengedarkan kalendar versi Muslim kepada komuniti majoriti Melayu seperti di kampung, PPR dan Taman Melati ialah memberi kefahaman tentang konsep Malaysia MADANI menerusi pemberian kalender takwim Islam," ujarnya.


Pada tahun ini, kata Andre Lai, pihaknya telah mencetak sebanyak 1,000 ‘kalendar kuda’ dan 1,000 kalendar takwim Islam bagi edaran selama sebulan bertujuan menyebar luaskan jaringan kepada hampir setiap ceruk kawasan di Wangsa Maju yang mempunyai lebih 100,000 penduduk.


Di samping itu, beliau yang juga Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata wakil komuniti setempat, persatuan penduduk dan Rukun Tetangga seharusnya secara proaktif menjadi mata dan telinga kepada DBKL.


Selain itu, Andre Lai terharu menemui orang ramai yang merasa dihargai oleh KEADILAN dengan edaran kalendar berkenaan.


"Amat gembira melihat keceriaan mereka penerima, walau cuma mendapat sekeping kalendar kerana bagi mereka ia satu tanda ingatan daripada KEADILAN Cabang Wangsa Maju.


"Kami tidak perlu menoleh ke belakang, malah telah melalui segala cabaran besar termasuk pilihanraya dan ketidakstabilan politik, oleh itu saya percaya 2024 akan menjadi tahun pemantapan Malaysia MADANI dengan sasaran lebih banyak program bersama rakyat pelbagai kaum dan fahaman politik akan dibuat," kata Andre lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page