top of page

KEADILAN Wangsa Maju anjur kem latihan persediaan PRU 16

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 9
  • 2 min read

KEADILAN Wangsa Maju menganjurkan kem latihan 'team building' sambil beriadah di Pulau Ketam, Selangor
KEADILAN Wangsa Maju menganjurkan kem latihan 'team building' sambil beriadah di Pulau Ketam, Selangor

Oleh: Akmal Manaf


Sebagai langkah proaktif untuk mengorak kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), KEADILAN Cabang Wangsa Maju telah menganjurkan kem latihan parti bertempat di Pulau Ketam, Klang, Selangor baru-baru ini.


Ketua Cabang Wangsa Maju, Andre Lai Chen Heng menegaskan, kem latihan yang dianjurkan bukan sekadar usaha membina pasukan, tetapi merupakan satu bentuk 'persediaan politik' bagi memastikan Wangsa Maju benar-benar bersedia menghadapi PRU16.


Katanya, KEADILAN tidak boleh leka dengan pencapaian semasa dan harus peka terhadap sentimen rakyat, terutamanya berhubung kontroversi mutakhir ini melibatkan 'insiden bendera terbalik' yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian pengundi Cina terhadap kepimpinan kerajaan.


''Jika kita tidak berkomunikasi secara proaktif dan bertindak balas secara positif, sentimen ini akan dieksploitasi oleh pihak pembangkang dan kuasa ekstremis, seterusnya menjejaskan perpaduan pelbagai budaya.


''Wangsa Maju mesti menjadi perintis dalam menyelesaikan masalah dan bukannya hanya menjadi penonton.


''Kempen pilihanraya bukan tentang pecut pantas, tetapi dedikasi jangka panjang. Kita mesti mengubah kekecewaan pengundi menjadi daya penggerak untuk pembaharuan dan menggunakan kritikan sebagai peluang untuk penambahbaikan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Andre Lai lagi, kem latihan itu telah melakarkan hala tuju baharu bagi hal ehwal parti bahagian, mobilisasi akar umbi, dan komunikasi dasar dalam memastikan pasukan itu bukan sahaja kukuh dari segi organisasi, tetapi mampu memenangi kepercayaan pengundi melalui wacana politiknya.


Ujarnya, matlamat pasukan bukan sekadar mempertahankan kerusi Parlimen Wangsa Maju, tetapi untuk membina sebuah model kerajaan yang makmur, berteraskan nilai-nilai reformasi, integriti dan kepelbagaian.


"Saya tidak akan meninggalkan pasukan saya, dan juga tidak akan membiarkan Wangsa Maju ketinggalan.

''Misi kami ialah pembaharuan, dan hala tuju kami ialah kemajuan,'' katanya.


Seramai 30 ahli cabang telah menyertai kem berkenaan dan merupakan program sulung yang dilangsungkan selepas pemilihan parti pada Mei lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page