top of page

KEADILAN utamakan suara kolektif, anggota perlu mantapkan disiplin - Saifuddin Nasution



KEADILAN yang telah berusia lebih 22 tahun mengutamakan suara kolektif dalam membuat keputusan.


Bagi Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, anggota harus meningkatkan disiplin dalam berorganisasi dan kepatuhan kepada keputusan mesyuarat.


"Perlu ada disiplin dalam parti. Parti ada undang undang tubuh yang mengawal. Ada struktur buat keputusan, hierarki kepimpinan.


"Pemerhatian saya dalam KEADILAN, perihal disiplin dalam parti telah terhakis dan wajib kita perbetulkan, tak ada tolak ansur.


"Semua keputusan parti dibuat secara kolektif. Kita pernah buat keputusan bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia. Kita bentang kepada kongres dengan usul MPP. Kita buat usul 3 kali. Di kongres tahunan di Sungai Petani baru perwakilan bersetuju Parti Keadilan Nasional bercantum.


"Begitu juga satu anggota, satu undi, kita putus dalam kongres. Selain itu kita pernah putuskan dalam MPP untuk menyertai Pakatan Harapan.


"Waktu itu parti terbelah dua, separuh MPP setuju dan separuh tidak setuju. Kemudian Dr Wan Azizah membuat keputusan untuk menubuhkan PH. Keputuan dibuat dalam majlis MPP," katanya dalam ucapan perasmian Kongres Angkatan Muda KEADILAN di IDCC, shah Alam, pagi ini.


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu meyakinakn perwakilan bahawa hanya dengan membuat keputusan secara bersama maka organisasi akan utuh.


Reformasi, kata beliau, tidak boleh diukur dengan banyaknya kerusi dimenangi dalam pilihan raya tetapi disiplin, idealisme juga perjuangan yang memartabatkan rakyat dan dilaksanakan sebagai dasar negara.


"Jangan kita anggap perjuangan diukur dengan berapa banyak kerusi menang, salah. Berapa ramai pak menteri dapat jawatan. Ramai menteri maka berjaya reformasi, salah.


"Sebaliknya kejayaan sebenar reformasi ialah upaya kita menterjemah cita cita reformasi apabila sudah ada kuasa politik melalui dasar negara dan rakyat dapat faedah. Itu ukuran sebenar kejayaan," katanya.


Justeru beliau berharap anggota akan berusaha sedaya upaya untuk memantapkan parti.


Kata Saifuddin lagi, keanggotaan sehingga 1 juta tidak menjanjikan kemenangan dalam pilihan raya sekiranya organisasi kucar kacir dan rakyat tidak tertarik untuk mengundi.


"Hanya organisasi yang mantap mampu menterjemah ideologi perjuangan dan cita cita reformasi untuk kebaikan rakyat dan negara.


"Organisasi yang kucar kacir tidak boleh menangkap sokongan rakyat," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page