KEADILAN ucap takziah pemergian Tun Rahah Mohamed Noah
- Redzuan Shamsudin
- Dec 18, 2020
- 1 min read

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah di atas pemergian ibunda bekas Perdana Menteri ke - 6 Datuk Seri Najib Razak, Tun Rahah Mohamed Noah.
Tun Rahah merupakan isteri kepada Perdana Menteri ke - 2 Malaysia.
"Baru terima berita sayu isteri kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussien yakni Tun Rahah Mohamed Noah telah pergi dijemput ilahi.
"Takziah kepada Najib Razak sekeluarga. Saya turut bersedih dan mendoakan agar roh allahyarhamah dicucuri rahmat," katanya.
Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya di Jalan Eaton setelah urusan pengurusan hospital selesai hari ini.
Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan esok selepas Zohor di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Urusan solat jenazah akan dijalankan di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, Bangsar.
Walau bagaimanapun, tiada masa rasmi telah ditetapkan.
Comments