KEADILAN Tuaran tidak terlibat vandalisme billboard Warisan di Pantai Dalit
- Suara Keadilan

- 15 minutes ago
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
KEADILAN Cabang Tuaran menafikan penglibatan parti itu dalam insiden vandalisme terhadap papan iklan (billboard) milik calon Parti Warisan bagi N.13 Pantai Dalit.
Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Razeef Rakimin (gambar) dalam satu kenyataan berkata, perbuatan berunsur provokasi itu sama sekali tidak mencerminkan budaya politik diamalkan dalam parti KEADILAN.
"Dimaklumkan billboard itu ditulis dengan perkataan "PKR Kirim Salam". Jika KEADILAN Tuaran ingin berkirim salam, kami boleh mengucapkannya melalui WhatsApp atau bertandang terus ke rumah calon Warisan.
"KEADILAN Tuaran tidak terlibat dengan sebarang unsur khianat sedemikian apatah lagi KEADILAN Tuaran tidak meletakkan calon di kawasan berkenaan," katanya.
Razeef sementara itu menegaskan, semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya kali ini perlu menjunjung semangat demokrasi yang matang dan mengelakkan provokasi berlebihan yang boleh mencetuskan ketegangan di Sabah.
"KEADILAN Tuaran berharap tiada pihak melakukan khianat atau provokasi melampau yang mengganggu-gugat keharmonian kita," tegasnya.
Dalam kenyataan sama beliau turut memberi komitmen bahawa KEADILAN Tuaran bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa mahupun Warisan dalam sebarang siasatan bagi mengenal pasti pelaku sebenar.









Comments