top of page

KEADILAN tidak boleh berpecah, dibelenggu polemik dalaman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 6
  • 1 min read

Parti KEADILAN tidak boleh berpecah atau dibelenggu polemik dalaman yang melemahkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan (gambar) menerusi ucapan di Konvensyen KEADILAN Johor pada Ahad berkata, kekuatan sebenar parti terletak pada kesatuan hati serta disiplin seluruh jentera di setiap peringkat.


Beliau turut mengkritik sikap beberapa ahli parti itu yang dilihat kerap mengkritik parti secara terbuka sehingga memberi ruang kepada pihak lawan untuk memanipulasi keadaan.


"Setiap perbezaan pandangan harus diselesaikan secara dalaman demi menjaga kekuatan parti. Kesetiaan dan fokus terhadap perjuangan mesti mengatasi kepentingan peribadi mana-mana pihak," katanya.


Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia turut mengingatkan bahawa ketika suasana ekonomi global tidak menentu, kestabilan politik dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan perlu dipelihara dan ia bermula dengan kesepaduan dalam parti sendiri.


Konvensyen berlangsung di Cathay Restaurant Eco Spring, Johor Bahru itu turut dihadiri Perdana Menteri merangkap Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim


Sementara itu, Ramanan dalam ucapannya turut menyeru seluruh jentera KEADILAN di Johor memperkemas persiapan, memperkukuh organisasi serta bergerak sebagai satu pasukan yang tersusun bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page