top of page

KEADILAN terima perbezaan pendapat, terutamanya ahli-ahli muda


Disebalik insiden yang membabitkan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir, ia sebenarnya tidak menjejaskan kestabilan parti.


Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Ahmad Kasim berkata, partinya merupakan parti yang sentiasa bersedia menerima pendapat berbeza terutamanya dalam kalangan ahli muda.


"KEADILAN menghadapi pandangan yang berbeza terutama dalam kalangan anak muda dan mereka mempunyai idealisme yang tinggi namun tetap setia dengan parti.


"Kami tidak bimbang dengan anak muda yang mempunyai pemikiran sebegitu. Mereka sebahagian daripada kami yang berhak memberi pandangan dan bersuara. Itu tidak jadi halangan," katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.


Beliau mengulas perbualan peribadi dalam kumpulan WhatsApp yang tular di media sosial melibatkan Akmal dan ahli-ahli AMK yang dilihat menghina presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pada masa sama, Ahmad menganggap perbualan peribadi itu adalah satu cubaan pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk melemahkan KEADILAN.


"Apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan, kami dalam pihak dalaman parti ini akan mengambil pendekatan yang baik dan positif iaitu tidak jumud dalam menerima pandangan-pandangan.


"Itu lumrah dalam medan persaingan demokrasi berpolitik di Malaysia malah di dunia. Kita kena terima semua pandangan-pandangan ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page