top of page

KEADILAN terima banyak kritikan kerana pukul tanggungjawab besar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 47 minutes ago
  • 1 min read

Dakwaan bahawa Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menerima lebih banyak kritikan berbanding UMNO perlu dilihat secara objektif berdasarkan peranan dan tanggungjawab sebenar dalam pentadbiran kerajaan.


Pengarah Strategi KEADILAN Johor, Prakash Maniam (gambar) berkata, hakikatnya parti yang memimpin kerajaan dan menggalas portfolio utama sememangnya akan menjadi sasaran penelitian serta kritikan yang lebih tinggi.


"Ini bukan tanda kelemahan tetapi bukti bahawa Parti Keadilan Rakyat berada di barisan hadapan dalam membuat keputusan penting negara," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, parti yang kurang memegang peranan kritikal secara semula jadi akan kurang disorot dan dipersoalkan, justeru menggunakan tahap kritikan sebagai ukuran kekuatan adalah hujah yang tidak mencerminkan realiti pentadbiran.


"Jika benar kekuatan diukur melalui keberanian memikul tanggungjawab, maka Parti Keadilan Rakyat jelas berada di kedudukan yang lebih kukuh," ujarnya.


Mengulas kenyataan ahli UMNO, Khairy Jamaluddin, beliau berkata pandangan tersebut tidak boleh dianggap sebagai analisis neutral kerana dipengaruhi oleh latar belakang politik individu berkenaan.


"Ia adalah pandangan yang lahir daripada latar belakang politik beliau sendiri sebagai bekas pemimpin UMNO," katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tebrau.


Tambah Prakash, dalam politik persepsi sering dibentuk untuk mempengaruhi pandangan umum dan tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar.


Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat agar lebih bijak membezakan antara naratif politik dan fakta di lapangan.


"Kekuatan sesebuah parti tidak ditentukan oleh siapa yang kurang dikritik, tetapi oleh siapa yang benar-benar memimpin, membuat keputusan sukar dan bertanggungjawab kepada rakyat," katanya.


Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa landskap politik Malaysia kini telah berubah dan tidak lagi didominasi oleh satu parti seperti sebelum ini.


"Era lama telah berakhir. UMNO tidak lagi berada pada kedudukan yang sama seperti suatu ketika dahulu, walaupun masih relevan sebagai sebahagian daripada landskap politik," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page