top of page

KEADILAN tekad rebut kembali mandat rakyat di Johor



Mandat rakyat yang dikhianati pada Februari 2020 sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) Johor perlu dikembalikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Mac ini.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, mandat tersebut penting diraih semula bagi meneruskan agenda perubahan yang baru separuh jalan dibawa kepada rakyat Johor.


"Saya dan rakan rakan dalam PH, kita tekad untuk mempertahankan maruah rakyat negeri Johor dan mahu kembali mendapat mandat kita, yang diberi dalam PRU lepas," katanya dalam ceramah di perkarangan pejabat KEADILAN Johor di Danga Utama, Skudai, malam tadi.


Menurut Syed Ibrahim, tarikh PRN belum diputuskan namun tempoh yang panjang daripada pembubaran DUN sehingga hari mengundi mewajarkan KEADILAN dan PH Johor membuat persediaan dan kempen yang lebih baik berbanding di Melaka sebelum ini.


"Kita belum tahu bila tarikh PRN. Seperti di Melaka tempoh masa yang diberi untuk tarikh pilihan raya itu adalah singkat. Tetapi di Johor ini agak panjang sedikit.


"Setelah dibubarkan dewan pada 22 Januari lepas, SPR hanya akan mesyuarat pada 9 Februari dan dijangka penamaan calon 26 Februari dan pilihan raya pada 12 Mac. Ini jangkaan kita. Mungkin lebih awal atau lewat sedikit tetapi kita mesti ada jangkaan supaya buat persiapan rapi," katanya.


Dalam strategi persiapan menjelang PRN, KEADILAN telah mula menggerakkan jentera dan berceramah kelompok sejak akhir Januari lalu bagi menghadapi cabaran Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang tidak akan membenarkan kempen bersemuka selepas penamaan calon kelak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page