top of page

KEADILAN tekad bantu anak Malaysia lahir tanpa kewarganegaraan sah



Anak Malaysia yang lahir tetapi tidak diberi kerakyatan kerana ibu bukan warganegara akan dibela di bawah satu inisiatif #AnakMalaysia.


Hal itu dijelaskan dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi tadi.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung, anak yang lahir di Malaysia dan bapanya warganegara seharusnya mendapat sijil kelahiran dengan mudah.


Katanya tidak wajar alasan bapa lambat mendaftarkan perkahwinan dijadikan asas menolak memberi kewarganegaraan kepada anak anak tersebut.


"Kalau ikut statistik ribuan anak tanpa kewarganegaraan ini. Mereka umpama banduan seumur hidup. Tidak boleh sambung belajar, tiada KWSP, tiada perlindungan. Bertuah selagi ayah masih ada, jika tak ada, apa akan jadi?


"Anak ini bukan salah mereka. Prosedur kita yang tidak berperikemanusiaan.


"Membezakan kanak kanak ini dengan yang lain ialah tidak ada satu prosedur pun untuk membantu mereka.


"Jadi selepas berbincang dengan beberapa pimpinan KEADILAN, saudara Nik Nazmi akan membawa satu gerakan #AnakMalaysia (memperjuangkan kanak kanak tanpa warganegara)," katanya.


ADUN Semambu itu juga kesal kerana pekerja asing di Malaysia lebih bernasib baik berbanding kanak kanak berkenaan kerana mereka mempunyai permit kerja sedangkan kanak kanak itu tidak mempunyai sebarang tanda identiti penduduk.


Sebelum itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Bunga Matahari yang dikenali sebagai Andrew (gambar, kanan) mengetengahkan masalah dua orang bapa yang mana anak mereka tidak mempunyai kewarganegaraan.


Tidak sepatutnya masa hadapan kanak kanak gelap akibat kecuaian ibu bapa mereka

Salah seorang bernama Neo. Katanya, Neo berkahwin dengan warganegara asing. Mereka lambat mendaftarkan perkahwinan. Akibatnya anak sulung Neo tidak mendapat kerakyatan tetapi adiknya boleh mendapat kewarganegaraan.


"Untuk daftar perkahwinan bukan senang. Isteri warga asing perlu banyak dokumen kedutaan, mereka ini pernah ditipu oleh agensi untuk proses pendaftaran.


"Agensi ambil masa dan anak telah pun lahir. Masalahnya anak sulung tak ada warganegara, anak kedua dan ketiga ada warganegara.


"Ini amat rumit. Sedangkan kedua dua mereka kahwin di Malaysia. Masalahnya lambat daftar, bukan tak daftar (mengapa anak yang menjadi mangsa)," katanya.


Tambah Andrew, anak Neo berumur 8 tahun sehingga hari ini tidak memperolehi kerakyatan biar pun telah diusahakan ke Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara.


"Dia kena bayar amaun yang banyak, RM8,000 untuk perintah mahkamah, total dia kena belanja RM10,000 (masalah tak juga selesai).


"Anak dia sekarang sekolah kena bayar (tidak dapat subsidi). Setiap tahun terpulang kepada sekolah sama ada boleh renew atau tidak.


"Sampai satu tahap kalau sekolah tak bagi renew maka anak (itu tak boleh) sekolah," katanya lagi.

2 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page