top of page

KEADILAN tawar reformasi insfrastruktur asas, penduduk Baram perlu lakukan perubahan



Calon calon KEADILAN yang bertanding di tiga DUN dalam Daerah Baram hari ini menyeru pengundi di situ bangkit melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 18 Disember ini.


Menurut calon N78 Mulu Roland Engan, N77 Telang Usan Philip Jau Ding dan N76 Marudi Elias Lipi Mat, penduduk Daerah Baram selama ini telah ketinggalan jauh sepanjang 58 tahun pemerintahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berbanding rakan rakan mereka yang lain.


Kata mereka, penduduk Baram selayaknya telah menikmati kemudahan asas sebagaimana rakyat di Semenanjung dengan usia pemerintahan GPS yang sebegitu panjang.


"Kawasan Baram luas, indah dan kaya dengan sumber alam semulajadi. Namun segelintir golongan elit dan kroni telah membolot kekayaan negeri sementara rakyat biasa masih sukar untuk merasai nikmat infrastruktur asas seperti air paip bersih, elektrik, jaringan internet stabil dan jalan raya yang selamat.


"Selain itu ekonomi Baram juga gagal dimajukan oleh kerajaan GPS demi memastikan kekayaan kawasan Baram dinikmati semua penduduk Baram," kata mereka dalam kenyataan hari ini.


Justeru, mereka bersama Team Baram KEADILAN berazam untuk ‘Mengangkat Martabat Sarawak, Menjulang Taraf Rakyat’


Mereka berikrar menawarkan beberapa perubahan penting kepada sosio ekonomi dan taraf hidup rakyat sekiranya diberi mandat pada PRN kali ini.


"Kami akan memastikan polisi 'Tiada Pembalakan' dan 'Tiada Empangan'. Polisi ini kritikal kerana aktiviti pembalakkan di Baram telah mengakibatkan kemusnahan flora dan fauna serta hakisan tanah dan mengakibatkan kawasan ini dilanda banjir teruk beberapa tahun ini.


"Situasi tersebut menyumbang kepada perubahan iklim yang sangat serius dan jika tidak dikawal dengan segera akan menjadi risiko besar kepada penduduk Baram serta generasi akan datang. KEADILAN komited kepada polisi ‘Zero Logging’ dan ‘No Dams’ di Baram.


"Sebaliknya, kami akan mempratikkan polisi perhutanan semula yang melibatkan semua rakyat Baram dapat menjana pendapatan melalui skim kredit karbon (‘carbon credit scheme’).


"Program pertanian lestari juga akan dimajukan. Reformasi Hak Milik Tanah NCR turut diperjuangkan dan usaha konkrit akan diambil untuk menyelesaikan kes-kes NCR yang sudah bertahun-tahun tergendala," kata mereka.


Ketiga tiga calon itu juga menawarkan Reformasi Infrastruktur Asas termasuk air elektrik, jalan raya dan capaian internet.


"KEADILAN Baram memastikan infrastruktur asas seperti air paip bersih, eletrik, jalan raya yang selamat serta capaian internet dipercepatkan untuk semua penduduk Baram.


"Ini sangat penting demi kelangsungan hidup harian. Selain daripada itu, pencapaian internet yang memuaskan sangat penting memastikan anak Baram dapat pendidikan yang baik, terutamanya pada waktu pandemik Covid-19.


"Capaian internet juga diperlukan memastikan rakyat dapat melibatkan diri dalam ekonomi digital," kata mereka.


KEADILAN turut memfokuskan kepada Pemulihan dan Pembangunan Ekonomi termasuk penjanaan peluang pekerjaan baharu demi mengelakkan penghijrahan generasi muda ke bandar berterusan.


"KEADILAN akan memastikan pembanguan ekonomi yang mantap menjana peluang pekerjaan. Ini ada dilakukan melalui program pertanian lestari, program perhutanan semula dan ‘Eco-Tourism’.


"Sememangnya kawasan Baram mempunyai pelbagai tarikan pelancongan biar dari segi flora dan fauna, mahupun budaya dan tradisi penduduk tempatan," kata mereka.


Tambah mereka, KEADILAN menawarkan Reformasi Khidmat Kesihatan dan akan berusaha memastikan semua klinik kesihatan di daerah itu diperbaiki serta dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi serta doktor dan jururawat terlatih.


"KEADILAN BARAM akan berusaha memastikan sebuah hospital daerah dibina yang lengkap dengan fasiliti kecemasan, peralatan diagnostik CT Scanner dan doktor pakar bedah trauma, ortopedik, obstetrik dan ginekologi.


"Ini demi memastikan penduduk Baram mendapat perkhidmatan kesihatan yang selamat dan tidak perlu memakan masa 4-6 jam untuk ke Hospital Miri sekiranya terdapat kecemasan," kata mereka lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page