top of page

KEADILAN Tambun kehilangan mantan Ketua Wanita, reformis tulen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 19, 2021
  • 1 min read


KEADILAN Cabang Tambun, Perak kehilangan mantan Ketua Wanita, Allahyarhamah Khadijah Saed yang merupakan salah seorang pengasas Cabang berkenaan.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Muhammad Arafat Varisai Mahamad, Allahyarhamah sebelum ini tinggal di Kampung Manjoi, Perak tetapi berpindah sementara di rumah anaknya di Kuantan Pahang. Beliau menghembuskan nafas terakhir di sana.


"Beliau seorang yang sangat komited dalam memperjuangkan semangat reformasi dan banyak menyumbang kepakarannya ketika bersama parti. Rumahnya menjadi saksi KEADILAN Cabang Tambun tertubuh hingga kini.


"Jasa allahyarhamah amat besar pada keluarga KEADILAN dan masyarakat. Justeru ia akan terus diingati dan dikenang oleh segenap kita.


"AJK Cabang, Wanita dan AMK Tambun mendoakan kekuatan dan ketabahan buat keluarga beliau. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," kata ADUN Hulu Kinta itu dalam kenyataan hari ini.


Allahyarhamah Khadijah semasa hayatnya merupakan mantan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Tambun, AJK Cabang dan merupakan Reformis awal pada 1998.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page