top of page

KEADILAN tambah seorang lagi calon PRN Sarawak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 4, 2021
  • 1 min read

ree

KEADILAN akan bertanding di 28 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 12.


Hal itu diumumkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi


Katanya, parti itu akan bertanding di satu lagi DUN iaitu Simunjan dan calon yang dipilih adalah Hapeni Fadil


"Ada tambahan iaitu DUN Simunjan berdasarkan permintaan orang tempatan dan badan bukan kerajaan yang lain.


"Mereka minta supaya Hapeni Fadil menjadi calon kawasan itu. Itu sahaja yang ditambah setakat ini.


"Setakat ni tak tahu (jika ada pertambahan calon di masa akan datang). Saya tiada maklumat. Memang ramai nak bertanding,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN Sarawak, di Kuching.


KEADILAN negeri mempunyai kuasa autonomi memutuskan siapa dan berapa banyak calon yang akan diletakkan dalam PRN.


Bagaimanapun, tegas Anwar, KEADILAN hanya akan meletakkan wakil di kawasan yang mempunyai jentera dan kekuatan parti terjamin.


"Kita kena fokus kepada kawasan yang mempunyai jentera dan kekuatan.


"Apakah ini bermakna kita beri laluan kepada GPS (Gabungan Parti Sarawak untuk menang)? Tak. Kita tak mahu cuba bolot dalam keadaan kawasan yang kita tak punyai cukup kekuatan,” katanya dipetik.

1 Comment


Abu Kasim Ali
Abu Kasim Ali
Dec 05, 2021

Iswardy petlu

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page