top of page

KEADILAN Sipitang anjur Shopping Baju Raya Bersama Anak Yatim

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 8, 2024
  • 1 min read


KEADILAN Sipitang, Sabah kelmarin menganjurkan program Shopping Baju Raya Bersama Anak-anak Yatim yang tinggal di kawasan berkenaan.


Program tersebut dianjurkan oleh Ketua Wanita KEADILAN Sipitang, Junaidah Makku.

"Seramai sepuluh orang anak yatim, yang mana 4 orang anak yatim golongan OKU yang tak dapat hadir turut dibelikan baju raya.


"Objektif utama program ini ialah menyuntik semangat anak-anak yatim agar kuat meneruskan kehidupan dan merasakan kehangatan kepada mereka bahawa orang sekeliling menyayangi mereka.


"Kegembiraan anak-anak terserlah apabila mereka bebas memilih warna dan baju raya yang mereka suka," katanya dalam satu kenyataan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page