top of page

KEADILAN Sipitang anjur majlis berbuka puasa, eratkan silaturahim

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 6 days ago
  • 1 min read
KEADILAN Sipitang menganjurkan majlis berbuka puasa di Restoran Singah Ngopi
KEADILAN Sipitang menganjurkan majlis berbuka puasa di Restoran Singah Ngopi

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Sipitang, Sabah terus menyemarakkan semangat kebersamaan apabila menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pimpinan serta ahli parti yang beragama Islam.


Majlis yang berlangsung di Restoran Singah Ngopi itu dihadiri Ketua Cabang KEADILAN P.178 Sipitang, Wendey Agong Baruh bersama Ketua Wanita KEADILAN Sipitang merangkap Exco Wanita KEADILAN Pusat, Junaidah Makku.


Program berkenaan turut menghimpunkan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang, Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) serta ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM).


Menurut satu kenyataan, majlis tersebut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara pimpinan dan jentera parti dari kalangan pelbagai agama dan budaya.


"Program yang berlangsung di Restoran Singah Ngopi ini bukan sahaja menjadi ruang untuk berbuka puasa, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pimpinan dan jentera parti.


"Suasana penuh mesra dan harmoni jelas mencerminkan semangat kekeluargaan yang kukuh dalam organisasi," kata kenyataan itu.


Tambah kenyataan tersebut, penganjuran majlis seperti itu membuktikan komitmen KEADILAN Sipitang dalam memupuk perpaduan serta memperkukuh gerak kerja berpasukan dalam kalangan anggota parti.


"Majlis seperti ini membuktikan bahawa KEADILAN Sipitang sentiasa komited memupuk perpaduan, memperkasa kebersamaan dan memperkukuh gerak kerja berpasukan demi memastikan perjuangan parti terus relevan dan dekat di hati masyarakat," katanya.


KEADILAN Sipitang berharap semangat Ramadan dapat terus menyatukan semua pihak dalam perjuangan serta memperteguh keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page