top of page

KEADILAN Simpang Renggam bantu ibu tunggal hilang pendapatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 19, 2021
  • 1 min read

Updated: Jul 22, 2021


KEADILAN Simpang Renggam baru-baru ini, membantu seorang ibu tunggal yang terputus sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.


Menurut kenyataan KEADILAN Simpang Renggam, Ketua Ranting KEADILAN Ladang Nanas, Hairun Md Taib telah melakukan inisiatif dengan memberikan sumbangan barangan keperluan harian kepada ibu tunggal berkenaan.


"Kami telah menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada salah seorang ibu tunggal di Ladang Nenas


"Terima kasih diucapkan pada orang perseorangan yang telah sudi dan bermurah hati menaja barang-barang dapur ini," kata Hairun dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, banyak keluarga terputus simber rezeki sepanjang PKP 3.0 untuk memutuskan rantaian Covid 19, terutama yang berkerja gaji hari, bekerja sebagai buruh kasar atau perniagaan kecil-kecilan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page