KEADILAN Selangor mengucapkan takziah di atas pemergian bapa kepada Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar dalam kenyataannya petang tadi menyampaikan salam takziah kepada MB dan keluarga.
"KEADILAN Selangor menyampaikan salam takziah buat Datuk Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Amirudin Shari dan keluarga atas pemergian ayahanda tercinta, Allahyarham Shari Mokhsin yang telah kembali ke Rahmatullah petang tadi akibat komplikasi pernafasan.
"Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang Benut, Pontian, Johor pada esok pagi, Rabu 22 September.
"Marilah bersama-sama kita mendoakan semoga urusan terakhir Allahyarham dipermudahkan serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Comments