top of page

KEADILAN Selangor komited tunjuk contoh pentadbiran parti berintegriti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 31
  • 1 min read

ree

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) menegaskan komitmen pimpinan negeri untuk terus menjadi contoh teladan dalam aspek pentadbiran, kepimpinan dan khidmat kepada rakyat.


Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar berkata, kekuatan organisasi serta semangat kerja berpasukan yang diamalkan di Selangor menjadikan negeri itu kekal unggul sebagai model kepimpinan progresif dan berwibawa di peringkat nasional.


"Setiap hari pasti ada pertemuan dan perbincangan penting yang perlu diatur. Ada kalanya dibuat secara segera, namun semuanya demi memastikan urusan rakyat dan organisasi berjalan lancar," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN itu turut berkongsi beberapa siri pertemuan bersama pimpinan parti termasuk Setiausaha Wanita Pusat, Sangetha Jayakumar dan Saudara Bakar bagi membincangkan persediaan serta kemas kini maklumat Pilihan Raya Negeri Sabah, khususnya aspek operasi dan data.


"Saya yakin pimpinan di semua peringkat negeri Selangor memiliki ketahanan yang kuat untuk terus menyumbang tenaga dan fikiran, bukan sahaja dalam negeri tetapi juga membantu di luar Selangor.


"Selangor akan terus memimpin dan menjadi contoh teladan yang menginspirasikan," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page