top of page

KEADILAN sediakan calon terbaik dalam PRN Sabah - Nurul Izzah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 27
  • 1 min read

Nurul Izzah, Pengarah Pilihan Raya KEADILAN akan pastikan calon terbaik untuk PRN Sabah
Nurul Izzah, Pengarah Pilihan Raya KEADILAN akan pastikan calon terbaik untuk PRN Sabah

Oleh: Akmal Manaf


Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, menyeru agar KEADILAN di Sabah bersama pimpinan anak jati negeri terus gagah melebarkan sayap, berdiri di barisan hadapan perjuangan demi memastikan rakyat Sabah menikmati perkhidmatan terbaik dan keadilan yang sebenar.


Beliau berkata di medan pilihanraya sebenar, kemenangan bukan milik calon seorang diri, sebaliknya kejayaaan bergantung kepada kekuatan pasukan.


"Dalam pasukan pilihanraya terdapat banyak 'hero' dan 'heroin' dan calon tidak akan menang jika pasukannya tidak kuat.


"Dalam pasukan pula, (jika) sudah menang dan bergelar Yang Berhormat (YB), kena ada Setiausaha Politik, Pegawai Khas dan 'side kick' yang memang boleh meluaskan pengaruh parti.


"Inilah barisan yang bukan sahaja memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, tapi mampu menyelesaikan masalah-masalah kompleks yang diwakili atau disuarakan oleh pengundi mereka," katanya.


Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Noraini Nordin baru baru ini berkaitan pencalonan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa dari sekarang.


Mengulas lanjut, Nurul menjelaskan bahawa dari segi pencalonan, terdapat pelbagai pilihan sama ada daripada Cabang, Negeri mahupun individu tertentu seperti contoh mantan kakitangan kerajaan berpangkat tinggi yang mahu bersama KEADILAN.


"Gabungan itu akhirnya membentuk barisan calon terbaik yang diyakini mampu mengangkat kemenangan.


"Seterusnya adalah faktor keberadaan, maksudnya kalau parti pun ada wakilnya, jangan lupa dekat kampung di peringkat masyarakat, ada juga kehadiran parti.


"Dalam skop kita, banyak parti bertanding dan untuk KEADILAN 'survive'.. bukan semasa zaman saya, tetapi untuk 15 tahun mendatang.


"Kita mahu KEADILAN Sabah dan anak jati pimpinan terus berupaya melebarkan sayap.. InsyaAllah," ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page