KEADILAN Sarawak ucap takziah pemergian Abang Abu Bakar
- Suara Keadilan
- Dec 5, 2023
- 1 min read

KEADILAN Sarawak mengucapkan salam takziah kepada keluarga Almarhum Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha atas pemergiannya ke rahmatullah semalam.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, KEADILAN Sarawak menghargai usaha dan bakti yang ditaburkan oleh Allahyarham dalam pentadbiran kerajaan selama hidupnya.
"KEADILAN Sarawak kagum dengan segala perkhidmatan dan jasa Allahyarham yang mengharumkan nama Sarawak di seluruh Malaysia khususnya semasa menjawat jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian sebelum ini.
"Allahyarham seorang yang terkenal dengan dedikasi dalam mengukuhkan kerajaan dan membangun rakyat dalam pelbagai kapasitinya dengan penuh kerendahan hati dan fokus pada rakyat," katanya dalam kenyataan.
Roland dalam pada itu berharap generasi muda Sarawak akan meneladani Allahyarham yang meninggalkan legasi positif untuk negara di mana anak-anak Sarawak akan terus menyumbang perkhidmatan yang terbaik untuk negara Malaysia.
"Salam takziah kepada keluarga Almarhum. Semoga rohnya dicucuri rahmat Tuhan," katanya lagi.
コメント