KEADILAN Sarawak sebulat suara mahu Larry Sng kekal sebagai pengerusi




Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak membuat keputusan untuk menolak peletakan jawatan Larry Sng sebagai pengerusi dan mahu beliau terus menerajui parti di negeri itu.


Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPN tergempar semalam yang membincangkan perkara tersebut.


"Setiap ahli KEADILAN diperingatkan berterusan bahawa KEADILAN merupakan parti pelbagai kaum dan latarbelakang yang mendukung setiap bakat kepimpinan berdasarkan merit keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.


"Justeru, hasrat YB Larry Sng Wei Shien untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi MPN ditolak sebulat suara oleh semua ahli MPN Sarawak dan YB Larry disokong dengan mandat yang penuh dan sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat MPN Sarawak untuk meneruskan kepimpinannya sebagai sebagai Pengerusi MPN sehingga pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang akan datang," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Abun meminta ahli - ahli KEADILAN di seluruh Sarawak supaya terus memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada semua kepimpinan parti dari peringkat pucuk pimpinan sampai ke cabang.


"KEADILAN Sarawak juga menyeru kepada Cabang-Cabang dan ahli-ahli KEADILAN seluruh Sarawak agar terus bersatu dan menumpukan kepada usaha yang berterusan dalam memperjuangkan dan membela nasib rakyat di setiap cabang dan kawasan masing-masing," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER