top of page

KEADILAN Sarawak bantu kanak-kanak raih warganegara, kini boleh bersekolah


KEADILAN Sarawak berjaya membantu seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang kini meraih status warganegara, sekali gus beliau dapat kembali ke sekolah tanpa perlu risau perbelanjaan yuran sekolah, buku dan peralatan persekolahan.


Ketua Wanita KEADILAN Sarawak, Agnes Padan berkata status warganegara kanak-kanak itu telah diperjuangkan oleh ibu bapanya sejak 2016, namun gagal memperolehnya.


Walaupun ibu kepada kanak-kanak ini berstatus bukan warganegara, bapanya seorang warganegara Malaysia, sudah tentu kanak-kanak itu sepatutnya layak mendapat warganegara.


Agnes membuat keputusan untuk membantu kerana bimbang kanak-kanak yang berstatus bukan warganegara harus menanggung kos yang agak membebankan ibu bapa.


"Pada 28 Disember tahun lalu, saya telah menghantar semua dokumen ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam talian dan diemel ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa yang sama.


"Pada 22 Januari tahun ini, kami mendapat maklum balas daripada KDN menyatakan bahawa sijil lahir kewarganegaraan telah diluluskan," katanya.


Justeru, ia membolehkan kanak-kanak itu memasuki sistem persekolahan kebangsaan sama seperti orang lain, selaku warganegara.


Malah, kanak-kanak itu akan dapat melanjutkan persekolahannya di peringkat sekolah menengah dan universiti apabila dewasa kelak.


"Hari ini saya membawa ibu Cristen ke sekolah untuk melengkapkan proses pendaftaran persekolahan yang berstatus warganegara.


"Tiada masalah untuk Cristen melanjutkan persekolahannya ke peringkat menengah dan juga ke universiti kemudian hari.


"Terima kasih kepada JPN Lawas dan KDN di atas keprihatinan mereka. Semoga maju jaya kepada beliau. Harap beliau kecapi kejayaan dan banggakan ibu bapanya," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page