top of page

KEADILAN Sarawak anjur Jelajah Harapan Sarawak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 4, 2022
  • 1 min read


KEADILAN Sarawak akan menganjurkan Jelajah Harapan Sarawak sedikit masa lagi sebagai gerakan penerangan kepada rakyat di peringkat akar umbi.


Menurut kenyataan Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Sarawak, program jelajah itu talah dipersetujui dalam mesyuarat semalam.


"Mesyuarat pertama Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Sarawak memutuskan untuk mengadakan Jelajah Harapan Sarawak sempena bulan kemerdekaan dan perayaan Hari Pembentukan Malaysia tahun ini.


"Jelajah 1 bermula dari Kuching ke Miri pada 9 hingga 16 September 2022. Jelajah 2 ke Baram, Limbang dan Lawas pada tarikh yang ditentukan kelak," kata kenyataan itu.


Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak yang baharu, Roland Engan bersama barisan kepimpinan negeri yang lain.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page