KEADILAN santuni pesakit Hospital Sipitang, sumbang bakul makanan
- Suara Keadilan

- Aug 30, 2025
- 1 min read

Program Santuni Pesakit Hospital Sipitang anjuran KEADILAN Cabang P.178 Sipitang baru baru ini menyaksikan sumbangan bakul makanan dan peralatan perubatan untuk pesakit serta fasiliti hospital berkenaan.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Fahmi Ngah, bersama pimpinan KEADILAN Cabang Sipitang termasuk Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah, Junaidah Makku @ Junn; Saidi Ali, M Ran Osman, Hanuar Taip, serta barisan jawatankuasa cabang, Wanita dan AMK DUN Sindumin hadir bersama menyantuni pesakit.
Sebanyak 40 bakul makanan disumbangkan oleh Pengerusi INSKEN merangkap pimpinan angkat DUN N.35 Sindumin, Datuk Mustaffa Kamil Ayub bersama Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Wendey Agong Baruh.

Selain itu, Dr Fahmi Ngah turut menyumbangkan kerusi roda untuk kegunaan Wad 4, Wad Ibu dan Anak serta Ruang Bersalin Hospital Sipitang.
"Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif KEADILAN dalam menyantuni masyarakat serta menzahirkan kepedulian terhadap kebajikan rakyat di Sipitang," menurut kenyataan media penganjur.
Turut hadir ialah Jawatankuasa JPRD N.35 Sindumin bersama pimpinan Cabang, Wanita dan AMK KEADILAN Sipitang.









Comments