top of page

KEADILAN Sabah tubuh Jawatankuasa Pendidikan

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jun 14, 2021
  • 1 min read

Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan peringkat Negeri bagi membincangkan isu-isu pendidikan.


Pengerusi MPN KEADILAN Sabah, Datuk Christina Liew berkata, jawatankuasa itu diwujudkan bagi mencari jalan memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).


Beliau turut menggesa kerajaan memperbaharui sekolah-sekolah daif yang masih banyak di negeri itu.


"Kementerian juga perlu melihat jumlah guru yang bertugas di luar bandar amat tidak seimbang.


"Guru-guru baru perlu dilantik terutama dalam kalangan anak Sabah untuk menampung kekurangan dan ketidakseimbangan itu," katanya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api itu turut meminta kerajaan negeri mengembalikan fungsi Kementerian Pendidikan Sabah agar dapat melihat isu-isu pendidikan di Sabah yang masih jauh ketinggalan daripada negeri-negeri lain.


"Palimen juga perlu dibuka semula untuk membincangkan sistem pendidikan yang mana melibatkan masa depan murid-murid dan generasi muda," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page