Seluruh sayap KEADILAN dikerah turun membantu mangsa banjir di Kota Marudu, Sabah baru baru ini.
Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Marudu, Sazalye Donol, inisiatif bantuan tersebut digerakkan oleh Ketua-ketua Cabang dari 16 Cabang termasuk Keningau, Labuan, Penampang, Tuaran, Papar, Sipitang, Pensiangan, Ranau, Batu Sapi, Sandakan, Silam, Kalabakan, Tenom, Kimanis dan Tawau.
Selain itu, katanya, misi juga dibantu NGO Otai Reformis 1998 Sabah yang diketuai Datuk Dr Sangkar Rasam yang juga Ketua Cabang KEADILAN Keningau serta Exco Wanita KEADILAN Pusat, Manja Matdin.
"Untuk kali ini seramai 50 buah keluarga menerima bantuan bakul makanan serta wang tunai bagi membeli barang keperluan
"Sedih melihat kerosakan harta benda yang dialami mangsa. Lebih menyedihkan kenderaan mangsa juga ada yang tidak sempat diselamatkan," katanya.
Dalam banjir terbaru melanda Sabah, beberapa daerah di Utara dan Pantai Timur terkesan. Paling teruk adalah Kota Marudu dan Pitas. Seramai 2,865 mangsa terlibat di daerah Kota Marudu - Pitas dan 1,167 mangsa ditempatkan di 13 Pusat Penempatan Sementara (PPS).
Menurut Sazalye lagi, Ketua ketua Cabang serta sayap AMK, Wanita, Srikandi serta Skuad KEADILAN telah menggerakkan jentera bagi membantu penduduk yang terkesan dan pembersihan pasca banjir.
Menurutnya, mereka telah memulakan kerja lapangan membersih di kawasan selepas banjir surut. Misi bantuan berkenaan bukan sahaja digerakkan di Kota Marudu dan Pitas malah di beberapa kawasan lain seperti Sipitang dan Lahad Datu.
Comments