top of page

KEADILAN Ranting Pinang Harapan rayu kerajaan baiki sistem saliran pertanian

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 29, 2021
  • 1 min read

ree

Ranting KEADILAN Kampung Pinang Harapan baru-baru ini, mengetengahkan masalah sistem saliran pertanian di kawasan tersebut kepada Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Menurut Ketua Ranting Kampung Pinang Harapan, Hj Othman Rahim, penduduk kampung resah dengan masalah sitem saliran yang telah berlarutan sejak sekian lama sehingga menjejaskan usaha tani mereka.


"Beberapa cadangan yang bernas telah di usulkan oleh Datuk Seri Shamsul dalam usaha penambahbaikkan sistem saliran. Beliau juga mencadangkan penubuhan koperasi agro pelancongan dan satu surat permohonan untuk sesi dialog bersama Menteri Pertanian dalam usaha menyelesaikan masalah saliran yang telah gagal diurus oleh pemimpin terdahulu sehingga sekarang," katanya.


Selain itu, Ranting Kg Pinang Harapan juga mengedarkan 30 bakul makanan yang disumbangkan oleh Datuk Seri Shamsul kepada penduduk yang memerlukan dalam majlis tersebut.


Turut sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Ranting Pekan Klebang, Tuan Hj Azman


ree
Penduduk kampung meluahkan masalah sistem saliran yang tidak dinaik taraf bertahun lamanya


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page