KEADILAN menegaskan untuk mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63)
Bagi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan waktunya ketika ini terus membahaskan MA63 selepas lebih 40 tahun tetapi adalah fasa melaksanakan isi kandungan perjanjian.
"Untuk Sabah dan Sarawak, MA63 mahu dibahaskan. Dia (waktu ini) sampai ketika untuk melaksanakan bukan berbicara lagi
"KEADILAN tetap pertahan hak Semenanjung hak Sabah, Sarawak sebagaimana dimeterai dalam perjanjian MA63," katanya dalam ucapan perasmian Kongres Nasional KEADILAN ke 16, pagi tadi.
Selain itu, Anwar juga menyelar kerajaan BN yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan pertikaian dengan pewaris Kesultanan Sulu dan melarat kepada penghakiman antarabangsa serta rampasan aset Malaysia di luar negara.
"Kerana lembabnya kerajaan maka timbul kontroversi Kesultanan Sulu dengan berdasarkan perjanjian pada 1878 dengan Sultan Jamalul Alam dan lain lain.
"Kita nak tahu apa dia (langkah diambil). Bukan menunding kepada sesiapa.
"Kalau Peguam Negera masa Pakatan Harapan dulu terlibat, tanya dia. Apakah benar dihentikan bayaran ufti itu pada 2013 pada zaman Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.
"Itu kita ulas, tetapi tidak wajar bagi negara membisu soal kedaulatan negara ini," bidasnya.
Perampasan aset negara di luar negara milik Petronas beberapa hari lalu menimbulkan kritikan rakyat Malaysia ke atas bekas PM Najib Razak yang menghentikan pembayaran tahunan kepada pewaris Kesultanan Sulu sehingga pewaris berkenaan mengambil tindakan mahkamah di Sepanyol dan Perancis yang memberi kuasa kepada mereka merampas aset Malaysia.
Commentaires