top of page

KEADILAN Perlis mahu PN selesaikan isu bil elektrik melambung




KEADILAN Perlis yang mengadakan mesyuarat baru-baru ini mengeluarkan ketetapan menuntut agar Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak lepas tangan dalam isu bil elektrik melambung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menurut Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perlis, Zamri Sapar, isu tersebut telah mencetuskan kemarahan ramai pengguna khususnya rakyat berpendapatan rendah.


KEADILAN Perlis, katanya mahukan penyelesaian yang komprehensif berhubung isu berkenaan.


"Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis telah mengambil beberapa ketetapan, antaranya menuntut supaya Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang kedua-duanya merupakan Ahli Parlimen Umno agar bertanggungjawab sepenuhnya dan jangan lepas tangan dalam isu kenaikan bil elektrik.


"KEADILAN menolak sikap meletakkan kesalahan kepada rakyat yang kononnya terkeliru dengan pengiraan caj bil elektrik TNB berikutan rungutan mereka yang tidak puas hati terhadap kenaikan bil elektrik sepanjang PKP," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Selain itu, mesyuarat juga membincangkan mengenai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan Plus sekiranya mempunyai majoriti mencukupi untuk mengambilalih Kerajaan Persekutuan.


Mesyuarat sebulat suara menyokong pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 9.


Mengenai isu kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 akan dilangsungkan dalam masa terdekat, KEADILAN Perlis menetapkan persiapan segera perlu dilakukan.


"Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perlis memutuskan untuk memperkemaskan jentera pilihanraya parti di setiap peringkat sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya PRU 15 secara mengejut," kata Zamri lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page