top of page

KEADILAN Perak perkukuh agenda kebajikan rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 8
  • 1 min read

Ketua Wanita Cabang menerima baucar back To School yang akan diagih di kawasan masing masing
Ketua Wanita Cabang menerima baucar back To School yang akan diagih di kawasan masing masing

KEADILAN Negeri Perak terus komited memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan perjuangannya.


Komitmen itu dizahirkan menerusi penyerahan Baucer Back to School sumbangan Pengerusi KEADILAN Negeri Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri kepada Ketua-ketua Wanita Cabang negeri untuk diagihkan kepada penerima yang layak.


Gimik penyerahan baucer disempurnakan oleh Ketua Wanita KEADILAN Negeri Perak, Zuraidah Zakaria dalam satu majlis di Taman Rapat Perdana, Ipoh baru-baru ini.


"Inisiatif Baucer Back to School ini bertujuan meringankan beban keluarga, khususnya golongan berpendapatan rendah, dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak menjelang sesi persekolahan baharu.


"Usaha tersebut mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan kepimpinan parti dalam memastikan agenda kebajikan rakyat terus diperkasakan selari dengan perjuangan reformasi yang dibawa KEADILAN," kata Wanita KEADILAN Perak menerusi satu hantaran di Facebook.


Dalam majlis sama, Ketua-ketua Wanita Cabang yang baharu turut menerima vest sebagai simbol pengukuhan peranan dan identiti mereka di peringkat akar umbi, sekaligus memudahkan pelaksanaan gerak kerja mendekati masyarakat.


Wanita KEADILAN Perak menerusi kenyataan sama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi MPN KEADILAN Perak atas sokongan berterusan terhadap peranan dan perjuangan Wanita KEADILAN dalam memperjuangkan kebajikan rakyat di negeri itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page