top of page

KEADILAN Pekan Klebang lapor polis PM Mahiaddin persembah majoriti palsu


KEADILAN Ranting Pekan Klebang, Alor Gajah, Melaka, membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Mahiaddin Yassin yang didakwa telah mempersembahkan majoriti palsu yang dimiliki beliau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, kelmarin.


Menurut Ketua Ranting Pekan Klebang, Azman Hamid, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Batang Tiga Melaka memohon agar pihak berkuasa menyiasat dakwaan Tan Sri Mahiaddin berkenaan.


Hj Azman Hamid

"Dalam sidang media bertarikh 4 Ogos 2021 sekitar jam 12.30 tengah hari itu (PM Mahiaddin) telah mendapat liputan meluas pelbagai media elektronik.


"Beliau berkata telah mempersembahkan sejumlah sokongan Ahli-ahli Parlimen yang masih menyokong beliau Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong.


"Sedangkan angka yang beliau persembahkan itu jelas palsu kerana sekitar 115 Ahli-ahli Parlimen telah sepakat menolak kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri.


"Jumlah 107 dari kalangan Ahli-ahli Parlimen pembangkang dan 8 dari Umno, telah mengistiharkan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Mahiaddin


"Justeru itu, saya berpendapat Tan Sri Mahiaddin telah mempersembahkan sokongan palsu Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong," katanya.


Azman berharap polis akan segara menyiasat pihak yang telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong dan melakukan penderhakaan kepada Raja-raja Melayu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page