top of page

KEADILAN Pasir Gudang sampaikan daging korban kepada asnaf

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 1, 2023
  • 1 min read


KEADILAN Pasir Gudang semalam selesai mengadakan ibadah korban lembu dan mengagih agihkan daging kepada wakil wakil Ahli Jawatankuasa KEADILAN serta para asnaf sempena Hari Raya Aidiladha.


Menurut kenyataan KEADILAN Cabang Pasir Gudang, Ahli Parlimen kawasan itu Hassan Abdul Karim telah menyampaikan daging korban kepada penerima.


"Semoga dengan pemberian daging korban ini dapat memberi sedikit keceriaan kepada para penerima.


"Terima kasih kepada semua anggota dan AJK Cabang yang telah membantu melancarkan pengagihan pada hari ini.


"Terima kasih kepada YB Hassan Abdul Karim yang turut serta bersama Cabang dalam mengagihkan daging korban," kata kenyataan KEADILAN Pasir Gudang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page