
KEADILAN Cabang Pasir Gudang menganjurkan flashmob menggesa kerajaan meneruskan pelaksanaan Undi 18 pada Julai 2021 di samping mendesak Parlimen dibuka semula.
Menurut Ketua Cabang KEADILAN Pasir Gudang, Murad Jailani, tidak seharusnya darurat diteruskan dan Parlimen digantung sedangkan sektor lain telah pun dibuka sepenuhnya.
"Flashmob menuntut supaya kerajaan Perikatan Nasional menamatkan darurat dan buka Parlimen supaya boleh bersidang semula. Rakyat Malaysia turut mendesak supaya janji Undi 18 tahun dilaksanakan.
"Sekolah dah buka, pusat beli belah dah mula operasi, stadium boleh dimasuki penonton, pusat hiburan boleh berhibur jadi di mana logik akalnya Parlimen sebuah institusi yang mulia masih ditutup?" tanyanya.
Flashmod itu dianjurkan bersama jawatan kuasa KEADILAN Cabang Pasir Gudang, disertai pimpinan Amanah, Syed Othman Abdullah juga pemimpin DAP YB Liow Cai Tung dan Jimmy Puah, Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor