top of page

KEADILAN Pasir Gudang anjur misi bantuan banjir di Shah Alam

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Dec 30, 2021
1 min read


KEADILAN Cabang Pasir Gudang baru baru ini menganjurkan misi bantuan banjir di Shah Alam.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, misi tersebut telah diketuai oleh Ketua Cabang, Murad Jailani bersama anggota anggota KEADILAN dan NGO.


"Sedalam mana banjir melanda, bah akan surut juga. Tetapi semangat rakyat membantu sesama rakyat tidak ada surutnya dan tiada nokhtah henti.


"Oleh itu Cabang Pasir Gudang menghantar misi pasca banjir diketuai Murad Jailani sebagai Ketua Cabang bersama- sama Sukarelawan Biro Kebajikan Pejabat Parlimen Pasir Gudang yang diketuai oleh saudara Silvakumaran, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen dan NGO JINGGA 13 Malaysia diketuai oleh Zabidee Abas


"Misi ini telah berjaya membantu mangsa mangsa banjir di Selangor," katanya.


Misi pasca banjir Pasir Gudang telah menghulur bantuan dan membersihkan rumah mangsa mangsa banjir ketika air mula surut.



bantuan tilam dan makanan amat diperlukan mangsa banjir yang membersihkan kediaman mereka



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page