KEADILAN, NGO Jingga 13 agih bantuan Aidilfitri di Pontian


KEADILAN Pontian dan NGO Jingga 13 baru-baru ini mengagihkan bantuan Aidilfitri kepada 5 keluarga asnaf.


Menurut Penyelaras DUN Benut, Nazri Ismail (gambar, kiri sekali), agihan barangan keperluan hari raya tersebut disumbangkan oleh pelbagai pihak.


"Semua penerima sumbangan melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih atas keprihatinan yang telah dihulurkan. Semoga sumbangan ini, dapatlah meringankan perbelanjaan menjelang Hari Raya Aidilfitri ini," katanya.


Bantuan disampaikan oleh Ketua Cabang KEADILAN Pontian Hanif Osman, Koordinator Jingga13 Pontian Rosman Tahir dan disertai oleh Pengarah CDCS @SK Nasional Datuk Amilizan Mazlan (gambar, berbaju hitam).


KEADILAN dan Jingga 13 turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin terutama kepada semua penduduk di daerah Pontian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER