top of page

KEADILAN mesti keluar memberi solusi kepada masalah rakyat - Adam Adli



Debat Ketua AMK, Adam Adli vs Fahmi Zainol malam tadi memberi pencerahan mengenai strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendepani Pilihan Raya Umum ke 15.


Salah seorang calon, Adam Adli Abdul Halim berkata, dalam keadaan pandemik dan malapetaka yang melanda negara maka KEADILAN atau AMK seharusnya keluar sebagai wadah politik yang menyediakan jalan penyelesaian.


Hanya dengan cara itu, katanya, rakyat yakin dan akan memberi undi pada PRU nanti.


"Masyarakat dihimpit pelbagai cabaran dari segi ekonomi, politik, pandemik melanda seluruh dunia, bencana alam, hilang kerja, cicir dari sekolah dan sebagainya.


"Dalam keadaan begini parti progresif seperti KEADILAN perlu hadir untuk memberi solusi. Sebagai AMK, sayap muda bagi parti kita harapkan jadi sayap paling berani mendepani isu isu rakyat sama ada di bandar, desa atau pendalaman," katanya dalam debat yang disiarkan Astro, malam tadi.


Bagaimanapun, ditanya mengenai idea khemah besar yang ketika ini turut didukung oleh pasukan beliau, Adam menyifatkan idea itu boleh dibincangkan lebih lanjut dan tidak semestinya seperti fahaman umum bahawa khemah besar akan melemahkan KEADILAN.


"Konsep khemah besar diwujudkan dalam perbincangan sebelum ini. Khemah besar perlu dibincangkan dalam mesyuarat parti.


"Ini hanyalah stratagi politik. Yang paling penting adalah pendirian dan wadah politik yang dibawa oleh kita terutama dalam PRU 15. Ada trauma panjang berkait kerjasama politik yang merugikan parti dan rakyat.


"Namun bagi saya sebarang perbincangan haruslah dengan mandat. Strategi harus datang dengan mandat. Penting untuk kita sebagai anggota parti tak perlu pacakkan orang ini wakili satu kiblat dan orang ini wakili kiblat lain. Ini merugikan proses pemilihan yang saya kira medan untuk kita perkemas organisasi.


"Sejarah dalam negara ini, setiap terjadi gabungan politik sentiasa ada parti berbeza. KEADILAN pun parti gabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia. Apa pun perbincangan selepas ini yang penting tidak boleh merugikan rakyat," katanya.



Dalam gerakan mahasiswa, Adam lebih kepada ikon reformasi demonstrasi jalanan dan tidak terlibat secara spesifik memimpin mana mana persatuan pelajar. Namun perjuangan keseluruhan mahasiswa dan anak muda katanya telah berjaya mencairkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dengan memberi lebih banyak kemudahan kepada pelajar di kemudian hari.


"Kempen pemansuhan AUKU, pada 2012 kita dapat pindaan kali pertama yang membenarkan pelajar aktif dalam politik dan beberapa pindaan dilakukan terhadap AUKU. Hari ini kita lihat penglibatan penuh pelajar dalam parti politik termasuk bagi tujuan menjawat jawatan penting.


"Kedua PTPTN dan juga selaras kempen pendidikan percuma. Hasilnya sehingga hari ini orang masih membincangkan. Hasil yang baik ialah pelajar tidak lagi disenarai hitamkan dari keluar negara (jika tidak bayar hutang).


"Juga Akta Hasutan, ini pengalaman besar saya. Kemenangan saya di mahkamah berdasarkan Akta Hasutan dan boleh menjadi duluan dan dapat dimanfaatkan selepas ini," katanya.


Mengenai Undi 18, Adam mahu parti memberi tumuan khas kepada golongan anak muda kerana mengiktiraf lepasan sekolah untuk mengambil bahagian dalam politik.


Katanya, dengan mengambil bahagian akan memudahkan golongan itu memperjuangkan nasib generasi mereka.


"Setiap dasar harus diambil kira suara dan pendapat golongan ini. Kita tidak mahu sesuatu dasar meminggirkan golongan anak muda yang masih mencari identiti


"Harapan Undi 18 ini akan memperkasakan program parti yang berkait dengan golongan muda. Kedua menjadi pembuat dasar yang terkait orang muda dan masa depan mereka.


"Misalnya golongan muda terlibat dengan gig ekonomi sedangkan kita tahu tidak ada ruang secukupnya untuk perkembangan mobiliti nasional," katanya lagi.


Sebagai kesimpulan, Adam berharap pemilihan KEADILAN tidak akan menimbulkan perpecahan kerana terlepas daripada analisis pilihan raya yang biasa, pergolakan dalaman KEADILAN juga merupakan salah satu punca rakyat tidak menyokong dan tidak keluar membuang undi pada siri Pilihan Raya Negeri yang lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page