top of page

KEADILAN mesti bangkit kembali, Thiban tawar diri Naib Presiden



KEADILAN pernah menjadi parti terkuat di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke 14 lalu. Namun pengkhianatan pimpinan utama menyebabkan parti menjadi lemah .


Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Thiban Subbramaniam, kelemahan tersebut tidak adil diletakkan di bahu sesetengah pimpinan sahaja.


Maka Pemilihan KEADILAN 2022 katanya, adalah peluang untuk menimbulkan lebih banyak bakat bakat muda memikul cabaran dan merejuvanasikan parti.


"Pengkhianatan dan perebutan kuasa yang berlaku membuatkan ramai penyokong Pakatan Harapan dan KEADILAN menjauhkan diri dari politik dan kita mula hilang tarikan pengundi, khususnya pengundi Atas Pagar.


"Keputusan beberapa siri PRN lepas telah memberi tamparan besar buat KEADILAN. Seringkali kedengaran suara-suara yang menyalahkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kekalahan dan prestasi PH


"Segala keputusan politik PH dibuat secara kolektif. Namun malangnya apabila PH kalah dalam sesuatu pilihan raya, kesalahan sering diletakkan pada bahu Anwar seorang.


"Ini sesuatu yang tidak adil untuk KEADILAN. Kekalahan ini tidak seharusnya melemahkan semangat perjuangan namun KEADILAN harus bangkit memperbaiki kelemahan secara menyeluruh.


"Pemilihan KEADILAN 2022 ini dilihat sebagai satu peluang untuk memperkemaskan struktur kepimpinan bagi persediaan menghadapi PRU-15 yang akan datang," katanya.


Selain itu, Thiban berkata, amalan pemimpin yang lepas mengabaikan akar umbi tidak wajar berlaku lagi kerana perbuatan seperti itu menyebabkan anggota bawahan merajuk dan merugikan parti menjelang pilihan raya.


Katanya, beliau sebagai pemimpin muda merasakan beberapa perkara dan budaya KEADILAN perlu diubah ke arah yang lebih baik.


"Bagi memastikan tiada lagi suara akar umbi yang terpinggir, tiada lagi unsur politik perkauman, tiada lagi unsur kronisme dan nepotisme, saya bersama-sama barisan calon terdiri daripada pelbagai latar belakang yang menawarkan diri sebagai calon kepimpinan parti bagi menerajui KEADILAN ke arah landasan perjuangan yang sebenar berasaskan perjuangan Reformasi.


"Kembalinya Rafizi Ramli dan Nurul Izzah ke kancah politik nasional, KEADILAN mendapat satu suntikan semangat baru. Ramai penyokong khususnya pengundi atas pagar yang menjauhkan diri sebelum ini kini mula kembali. Ini satu momentum yang bagus untuk membina kekuatan parti.


"Saya menyedari hakikat parti ini memerlukan satu proses “rejuvenasi”. Saya percaya penyertaan Rafizi Ramli dan Nurul Izzah adalah sebahagian dari proses itu. Maka atas kesedaran itu, saya menyokong penuh gandingan Datuk Seri Anwar selaku Presiden dan Rafizi Ramli selaku timbalan bagi memastikan agenda Reformasi yang dilaungkan selama 20 tahun dilaksanakan dengan sepenuhnya.


"Pengalaman menjawat posisi Naib Ketua AMK Malaysia akan saya manfaatkan sepenuhnya sekiranya saya terpilih menjadi Naib Presiden dalam pemilihan akan datang," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page