KEADILAN Mersing anjur kempen anti-keganasan wanita
- Redzuan Shamsudin
- Dec 11, 2020
- 1 min read

KEADILAN Mersing menganjurkan kempen anti-keganasan wanita melalui edaran risalah sempena kempen anti-keganasan wanita peringkat antarabangsa.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN Mersing, Zulinah A Johari, kempen edaran risalah itu dilakukan bagi meningkatkian kesedaran di kalangan wanita dan juga lelaki agar lebih menghormati hak-hak wanita.
"Sebenarnya ramai wanita di luar sana yang mengalami gangguan dari segi fizikal, pertuturan, psikologi dan emosi tapi mereka takut untuk membuat laporan.
"Diharapkan dengan risalah yang diedarkan sedikit sebanyak dapat memberi maklumat kepada wanita apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya mereka diganggu atau dikasari selain memberi kesedaran khususnya kepada kaum lelaki bahawa Wanita itu perlu dilindungi dan dihormati," katanya.
Zulinah juga merupakan Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Johor.
Comments