KEADILAN Melaka lantik Majlis Pimpinan Negeri sesi 2022 - 2025
- Redzuan Shamsudin
- Sep 24, 2022
- 2 min read

KEADILAN Melaka telah melantik jawatankuasa penuh Majlis Pimpinan Negeri (MPN) berdasarkan Fasal 27 Bil. 27.4 perlembagaan parti.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Nurariff Luqman Zulkefli, Pengerusi MPN Melaka Datuk Seri Aminuddin Harun baru baru ini membuat lantikan itu dalam mesyuarat yang melibatkan pimpinan KEADILAN Melaka.
"Pengerusi MPN Melaka telah mengadakan mesyuarat penuh dan penyerahan watikah perlantikan Ahli Majlis Pimipinan Negeri Melaka Sesi 2022-2025
"Dengan penyerahan watikah berkenaan, MPN Melaka telah melengkapi struktur sebagai satu jawatankuasa penuh untuk bergerak dalam memperkasakan asas perjuangan KEADILAN di bumi Melaka Bersejarah, serta bersiapsiaga untuk menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan berlaku pada bila-bila masa," katanya.
Luqman juga menegaskan, Perlantikan Ahli MPN Melaka ini telah melibatkan seluruh Cabang dan memenuhi aspirasi KEADILAN yang mana melibatkan semua kaum, peringkat umur, peranan wanita serta peranan golongan muda untuk disatukan dalam meneguhkan hala tuju KEADILAN pada masa hadapan.
"MPN Melaka mengucapkan tahniah dan selamat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada semua Ahli Majlis Pimpinan Negeri bagi Sesi 2022-2025 untuk mengangkat darjat KEADILAN dan menjadikan parti ini sebagai parti pilihan rakyat Melaka pada pilihan raya akan datang," katanya lagi.
Senarai MPN Melaka seperti berikut:
Pengerusi MPN
Datuk Seri Aminuddin Bin Harun
Timbalan MPN
Mohd Rafee Bin Ibrahim
Naib Pengerusi
Datuk Ginie Lim Swee Lin
Jagatheson A/L Ramiah
Mahani Binti Masban
Ketua Wanita Negeri
Rusnah Binti Aluai
Ketua Amk Negeri
Muhammad Ridhuan Bin Abu Samah
Setiausaha
Muhammad Asri Bin Ibrahim
Bendahari
Datuk Gue Teck
Ketua Penerangan & Komunikasi
Nurariff Luqman Bin Zulkefli
Setiausaha Pengelola
Badrohisham Bin Omar
Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN)
Datuk Halim Bin Bachik
Pengarah Strategi
Lee Tham Chai
Ahli Jawatankuasa
David Ong Wai Leong
Thivagar A/L Vajan
Shahar Helmy Bin Mohamad Said
Denesh A/L Palasubramaniam
Tay Wah Ning
Datuk Seri Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin Ahli Jawatankuasa (Ex-Officio)
Comments