KEADILAN Maran rai pasukan hoki SK Maran juara MSSD
- Suara Keadilan

- Dec 1
- 1 min read

Bagi mengeratkan hubungan dengan warga pendidikan setempat, KEADILAN Cabang Maran, Pahang melalui sebuah NGO tempatan telah meraikan kejayaan pasukan hoki bawah 11 tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Maran yang muncul juara Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Maran baru-baru ini.
Majlis jamuan khas bagi menghargai para guru dan pemain itu turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Amal Kebajikan Maran Maju, Halias Abdul Aziz, serta Guru Besar SK Maran, Muhammad Anazir Mamat.
Dalam ucapannya, Halias menzahirkan rasa bangga atas kecemerlangan pasukan sekolah berkenaan.
Katanya sebagai bekas pelajar SK Maran, beliau percaya kejayaan tersebut merupakan hasil usaha gigih para guru yang melatih dan membimbing pasukan, serta sokongan padu para ibu bapa
Beliau yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Maran berjanji akan terus membantu sekolah bukan sahaja dalam kecemerlangan akademik tetapi juga dalam memantapkan penyertaan murid dalam sukan kompetitif seperti hoki.
Sementara itu, Guru Besar SK Maran, Muhammad Anazir Mamat, menyampaikan penghargaan kepada masyarakat setempat atas sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan di sekolah.
SK Maran, yang berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Maran, telah beroperasi sejak tahun 1954 dan kini mempunyai sekitar 1,000 murid.









Comments