top of page

KEADILAN lepasi 1 juta keanggotaan, 1,000 ranting

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 12, 2020
  • 1 min read


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mencapai usia dua dekad pada 2020 berjaya melepasi jumlah keanggotaan melebihi 1 juta pada Julai lalu.


Menurut Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, keanggotaan terkini parti mencecah 1,004,629 orang manakala kekuatan Ranting parti mencecah 1,108, di 222 Cabang seluruh negara.


"Ini adalah pencapaian terbaik parti sejak penubuhannya pada 21 tahun lalu. Ini membuktikkan KEADILAN tetap utuh dan kuat dengan sokongan dan dokongan rakyat.


"Keanggotaan ini telah membuktikan kekuatan KEADILAN sebagai parti massa, nasional dan pelbagai kaum yang paling berjaya dalam sejarah negara," katanya dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun, menurut Nik Nazmi, pelbagai kaum perlu terus memohon sebagai ahli KEADILAN bagi meningkatkan keupayaan parti untuk menawan kubu-kubu parti lawan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


"Pencapaian ini masih dianggap terlalu awal untuk diraikan.


"Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN melalui mesyuarat bulanannya pada 26 Julai lalu mengambil ketetapan menggesa setiap lapisan kepimpinan parti agar mempergiatkan usaha kaderisasi (recruitment) anggota baharu, selain turut memperbanyakkan penubuhan Ranting sebagai persediaan berhadapan PRU 15 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa," katanya.


Permohonan keanggotaan KEADILAN boleh dibuat menerusi https://keanggotaan.keadilanrakyat.org/ manakalah permohonan pembentukan ranting boleh dibuat di https://keadilanrakyat.org/index.php/ranting/.


コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page