KEADILAN lantik Jurucakap Parlimen, pantau kerajaan PN



Prestasi kerajaan 'tebuk atap' Perikatan Nasional (PN) yang lemah dan meragukan akan dipantau secara rapi oleh KEADILAN.


Menurut Ketua Setiausaha Pengelola, Nik Nazmi Nik Ahmad, usaha bagi memantau PN akan dilakukan oleh sepasukan Jurucakap Parlimen yang dilantik dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen yang mempunyai pengetahuan setaraf menteri-menteri kerajaan.


Sebahagian jurucakap tersebut, katanya, merupakan mantan menteri dan timbalan menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lalu. Kesemuanya, 19 Ahli Parlimen akan berperanan sebagai jurucakap manakala 17 lagi menjadi timbalan.


"Untuk mempertingkatkan keberkesanan Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN, Pejabat Presiden dan Whip Parti melantik Jurucakap Parlimen (Parliamentary Spokespersons) untuk membayangi menteri-menteri PN, mengikut portfolio-portfolio yang ada.


"Barisan Jurucakap Parlimen yang telah dipilih menonjolkan kekuatan KEADILAN sebagai parti politik berbilang kaum yang inklusif dan berjaya dalam sejarah. Barisan ini menawarkan tokoh muda, wanita, mereka yang berpengalaman di peringkat Kerajaan Persekutuan dan negeri serta pernah bekerja dalam sektor korporat, berkhidmat di kesatuan sekerja dan juga aktivis-aktivis masyarakat.


"Dengan kewujudan Jurucakap Parlimen, setiap keputusan kabinet PN akan disemak imbang dengan lebih efektif, dan ia turut memastikan kecekapan serta keberkesanan Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN dipertingkatkan," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, dengan wujudnya Jurucakap Parlimen itu juga rakyat akan melihat kesungguhan KEADILAN dan PH untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara.


Katanya, rakyat akan turut melihat PH sebagai pilihan terbaik menggantikan PN yang telah gagal menguruskan ekonomi dengan berwibawa, terutamanya ketika rakyat berhadapan pandemik Covid-19.


"Ramai rakyat yang telah kehilangan kerja dan terpaksa menutup perniagaan menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan. Malangnya, PN hanya fokus memberikan jawatan-jawatan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan kepada Ahli Parlimen mereka serta merosakkan institusi negara.


"KEADILAN juga telah memaklumkan kepada rakan-rakan PH mengenai penubuhan Jurucakap Parlimen ini, dan rakan-rakan Pakatan Harapan turut sama giat membuat persiapan untuk Sidang Parlimen sesi Julai," akhirinya.


Jawatan dan potforlio yang dipantau oleh Jurucakap Parlimen KEADILAN boleh diikuti dalam pautan berikut: https://www.facebook.com/KeadilanRakyat/photos/pcb.4030380707004601/4030380620337943/ dan https://www.facebook.com/KeadilanRakyat/photos/pcb.4030380707004601/4030380623671276/


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio