top of page

KEADILAN Labuan bantah buka Pelabuhan Labuan, Covid 19 masih belum reda


KEADILAN Labuan, Sabah membantah keputusan kerajaan Perikatan Nasional mengumumkan akan membuka Pelabuhan Labuan ketika wabak Covid 19 masih belum reda sepenuhnya di pulau berkenaan.


Ketua Cabang Labuan, Simsudin Sidek berkata pengumuman oleh Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, Datuk P. Kamalanathan itu agak mengejutkan memandangkan wilayah tersebut masih di tahap pemulihan.


"Labuan masih lagi di dalam peringkat pemulihan setelah bertungkus lumus melawan Covid-19 varian Delta yang telah mengganas sehingga mengakibatkan kenaikan mendadak kes kematian.


"Situasi tersebut dapat dijadikan iktibar untuk dipelajari bagi mengelak keadaan seperti itu berulang.


"Lembaga Pelabuhan Labuan seharusnya sedar bahawa Labuan merupakan pulau kecil dan akan mempunyai kadar peratusan jangkitan yang tinggi, sekiranya gagal membendung penularan wabak tersebut," kata Simsudin.


Sehubungan itu, beliau menggesa agar Kerajaan Persekutuan menghargai para petugas barisan hadapan yang berjuang habis-habisan memerangi pandemik sejak beberapa bulan lalu dan tidak mensia-siakan pengorbanan mereka.


"Kika pihak Pelabuhan Labuan masih bertegas untuk mengambil langkah ini maka segala perjuangan dan pengorbanan para petugas barisan hadapan akan menjadi sia-sia.


"KEADILAN Labuan sekali lagi menggesa Datuk P. Kamalanathan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Pelabuhan Labuan untuk menarik kembali keputusan tersebut kerana ianya berkemungkinan besar akan menjadi punca penularan wabak Covid-19 dengan varian yang baharu.


"Nyawa penduduk di Labuan bukan untuk digadai demi kepentingan pihak tertentu," katanya lagi.


Semalam, kerajaan mengumumkan Pelabuhan Labuan akan dibuka semula kepada kapal-kapal asing selepas pada hujung minggu lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan menangguhkan kemasukan kapal asing serta urusan pertukaran anak kapal melibatkan bukan warganegara dilakukan di pelabuhan berkenaan, bagi mengekang penularan virus Covid 19.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page