top of page

KEADILAN kukuh di Sabah, nafi ahli keluar parti


KEADILAN Sabah hari ini menafikan dakwaan bahawa seramai hampir 10,000 ahli membuat keputusan untuk keluar parti, sebaliknya mengesahkan hanya 11 ahli yang berbuat demikian.


Malah, Ketua Penerangan AMK Sabah, Razeef Rakimin berkata Datuk Karim Ghani dan Nani Sakam yang mengetuai kumpulan tersebut sudah pun keluar parti sejak 22 April 2019.


"Saya amat terkejut apabila tersebar satu senarai yang terdiri daripada 30 individu yang merancang untuk keluar parti pada penghujung Jun dan dalam senarai tersebut terdapat beberapa nama yang telah pun keluar parti pada April 2019 termasuk Nani Sakam.


"Walaupun yang diumum adalah 8,000 anggota namun yang rasmi umum keluar hanya 11 individu. Bagi saya ia sesuatu yang amat melucukan dan saya pelik bagaimana perkara ini diambil serius dengan melayan mereka yang "gila" ini," katanya dalam kenyataan.


Razeef menambah, tindakan kumpulan itu hanyalah sekadar mengambil kesempatan bagi mendapatkan tawaran lumayan daripada parti-parti politik tertentu.


"Adakah pada April 2019 "laba politik" untuk meninggalkan parti tidak sebesar seperti hari ini dimana proses jual beli wakil rakyat atau pimpinan parti sedang giat dijalankan sehinggakan mereka terdesak mengumumkan untuk keluar parti yang telah mereka tinggalkan setahun tahun lalu buat kali kedua?


"KEADILAN Sabah masih kukuh dengan jumlah keanggotaan seramai 170,000 dan jumlah ini meningkat setiap hari," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page